26 Ogos 2016 - 17:40
Hizbullah serang hendap pengganas di Barat Qalamoun

Pejuang Hizbullah dan tentera Lubnan menyerang kedudukan pengganas setelah beberapa percubaan militan menyusup ke sempadan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pejuang Hizbullah melancarkan serangan mengejut ke atas kumpulan pengganas "Jabhat Fateh Al-Sham” yang sebelum ini dikenali sebagai Nusra kelmarin berdekatan sempadan Lubnan - Syria.

Menurut media Hizbullah, pasukan tersebut melancarkan serang hendap ke atas kedudukan JFS di dalam sebuah kampung kecil di Daher Al-Hawa sehingga menyebabkan kematian beberapa anggota pengganas tersebut.

Sementara itu, Hizbullah turut menyerang sebuah kumpulan pemberontak di Jaroud 'Arsal, pergunungan Qalamoun. Dua kenderaan militan dilaporkan musnah.

Tentera Lubnan dan Hizbullah mengambil inisiatif menyerang kedudukan pengganas di Jaroud 'Arsal setelah beberapa pengganas cuba menyeberang sempadan Syria ke Lubnan.